Ahad, 13 Oktober 2019

SYILING PERINGATAN PERTABALAN YANG DIPERTUAN AGONG KE 16


Syiling peringatan ini dikeluarkan pada 30 July 2019 oleh Bank Negara sempena pertabalan Yang Di PerTuan Agong ke 16 (Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al- Mustafa Bilah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al- Musta'in Billah).

Ini merupakan Syiling Peringatan yang pertama dikeluarkan pada tahun 2019  dan tiada siling peringatan di keluarkan oleh Bank Negara pada tahun 2018. Bank Negara telah menghadkan pembelian Syiling peringatan tersebut di mana setiap individu hanya boleh membeli satu set dua dalam satu; satu duit syiling emas; satu duit syiling perak; dan maksimum tiga duit syiling emas Nordic. Walau bagaimana pun saya hanya memperolehi syiling peringatan emas Nordic sahaja (seperti di dalam gambar) dan tempahan pembelian untuk syiling perak tidak berjaya .
Rujukan dari sumber Bank Negara Malaysia


Harga untuk Syiling peringatan Emas Nordic ialah RM12 sekeping tidak termasuk cukai SST. Namun ada juga yang menjual syiling peringatan tersebut di antara RM 50 sehingga RM100 sekeping.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan