Isnin, 11 November 2013

KOLEKSI DUIT SYILING MALAYSIA

DUIT SYLYNG MALAYSIA (1967 hingga kini)



Terdapat 3 siri keluaran iaitu siri pertama. siri kedua dan siri ketiga

 Syiling Malaysia siri pertama (1967 - 1988).



Ia juga dikenali sebagai duit syling parlimen. 6 jenis nilai syiling dikeluarkan iaitu:

  1. 1 sen imej muka depan bangunan parlimen, 13 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling
  2. 5 sen imej muka depan bangunan parlimen, 13 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling.
  3. 10 sen imej muka depan bangunan parlimen, 13 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling.
  4. 20 sen imej muka depan bangunan parlimen, 13 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling.
  5. 50 sen imej muka depan bangunan parlimen, 13 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling.
  6. 1 ringgit imej muka depan bangunan parlimen, 14 bucu bintang dan bulan sabit. Bahagian belakang gelaran negara (MALAYSIA),tahun di tempa dan nilai syling.
 Syiling Malaysia Siri Ke Dua.(1989 -2011)



Pengubahsuai dilakukan dengan rekabentuk baru. Dikenali juga sebagai duit syling Bunga Raya. 6 jenis nilai syiling di keluarkan dan 2 jenis nilai syiling diberhentikan dari pengeluaran iaiitu syiling 1 sen dan 1 ringgit. Berikut adalah syiling keluaran siri ke dua iaitu:
  1. 1 sen imej depan rebana ubi dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya, nilai syiling dan tahun ditempa. Pada 1hb April 2008 telah hentikan pengeluaran kerana berkuatkuasanya mekanisme pembundaran harga kepada 5 sen yang terdekat dalam pembilan jumlah harga. Sah digunakan untuk nilai pembayaran yang tidak melebihi RM2.00.
  2. 5 sen imej depan gasing dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya, nilai syiling dan tahun ditempa.
  3. 10 sen imej depan congkak dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya, nilai syiling dan tahun ditempa.
  4. 20 sen imej depan set bekas sirih serta kapur dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya , nilai syiling dan tahun ditempa.
  5. 50 sen imej depan wau bulan dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya, nilai syiling dan tahun ditempa. Terdapat juga syiling palsu terutama pada tahun 2005 akan tetapi ia sah digunakan.
  6. 1 ringgit. imej depan keris serta berlatarbelakangkan songket dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) imej bunga raya, nilai syiling dan tahun ditempa.Berlaku perubahan pada tahun 1993 dibahagian belakang simbol $1 digantikan dengan 1 ringgit. Pada tahun 1997 syiling 1 ringgiit tidak lagi dikeluarkan dan sehingga pada tahun 07 Disember 2005 syiling 1 ringgit tidak sah lagi digunakan kerana terlalu banyak wang palsu yang dihasilkan.





Syiling Malaysia Siri Ke Tiga (2012 hingga kini)





Perubahan dilakukan dari rekabentuk dan saiz. Ada juga yang berpendapat imej corak syiling 5 sen dan 10 menyamai dengan bendera Israel, itu adalah satu kebetulan sahaja.Hanya 4 jenis nilai syling yang dikeluarkan iaitu:
  1. 5 sen imej depan 14 titik, lima garis melintang, motif sulur kacang,motif destar siga Kadazan-Dusun dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) nilai syiling, tahun ditempa dan bunga raya.
  2. 10 sen  imej depan 14 titik, lima garis melintang,Corak anyaman Mah Meri.dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) nilai syiling, tahun ditempa dan bunga raya.
  3. 20 sen  imej depan14 titik, lima garis melintang, motif bunga melur di latar depan dan motif destar siga di latar belakang dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) nilai syiling, tahun ditempa dan bunga raya.
  4. 50 sen imen depan 14 titik, motif sulur kacang dan garis-garis halus sebagai ciri keselamatan dan bahagian belakang gelaran bank (BANK NEGARA MALAYSIA) nilai syiling, tahun ditempa dan bunga raya.

2 ulasan:

  1. $1 tahun 1971 brp nilai nya skrg?

    BalasPadam
  2. Nak tanya tahun 1988 bunga raya ada ke keluaran utk nilai 0.20sen punya

    BalasPadam