Jumaat, 15 November 2013

CARA UNTUK MENGGRED WANG KERTAS DAN SYILING



Di dalam hobi Numismatik ini wang kertas dan duit syiling dinilaikan dengan gred-gred yang tersendiri. Gred juga berperanan untuk menentukkan nilai atau harga. Tidak begitu sukar untuk menentukan gred wang kertas dan syiling jika kita tahu cara ia digredkan. Cuma secara ringkas saya akan paparkan diblog ini kerana maklumat ini sudah banyak disiarkan di blog- blog rakan Numismatik yang lain. (untuk mengelakkan copy/paste tanpa kebenaran).

Gred Wang Kertas 

  • Uncirculated (UNC) 
  • About Uncirculated (AU) 
  • Extremely Fine (EF) 
  • Very Fine (VF) 
  • Fine (F) 
  • Very Good (VG) 
  • Good (G) 
  • Fair (FA) 
  • Poor (P) 
Untuk Maklumat  gred wang kertas sila ke link Paper Money Guaranty (GRADING SCALE) atau link (Koleksi-Collect and See) atau link2 Zulaikha atau anda boleh cari di carian google untuk maklumat yang lebih lengkap.

Gred Wang Syiling 
  • PROOF ( PF )
  • BRILLIANT UNCIRCULATED ( BU )
  • UNCIRCULATED ( UNC )
  • ABOUT UNCIRCULATED ( AU )
  • EXTREMELY FINE ( EF )
  • VERY FINE ( VF ) 
  • FINE ( F )
  • GOOD ( G )
  • POOR/FAIR ( P )
Untuk Maklumat gred wang syiling sila ke Link1(Koleksi - Collect and See), Link2(Norazz Hobbies), Link3(Coin grading) atau anda boleh dapat banyak maklumat di dalam carian google.

Wang Gantian (Replacement Note)
Wang gantian adalah wang yang dicetak semula. Ia dicetak semula disebabkan untuk mengantikan wang yang sudah rosak dan tidak boleh digunakan atau terdapat kesilapan semasa proses pencetakan. Ia akan digantikan dengan cetakan gantian. Untuk mengenalpasti setiap keluaran/edaran wang kertas gantian ialah dengan melihat pada nombor siri (prefix no) pada wang tersebut. Kebanyakkan wang kertas gantian edaran gabenor TAN SRI DATO' SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ ia bermula dengan "Z". Wang gantian juga di cari oleh pengumpul duit kerana ia adalah keluaran terhad. Untuk maklumat lengkap saya ada sertakan senarai wang gantian pada setiap keluaran/edaran gabenor bank negara didalam blog ini iaitu:
  1. WANG KERTAS EDARAN GABENOR TUN ISMAIL BIN MOHAMED ALI 
  2. WANG KERTAS EDARAN TAN SRI ABDUL AZIZ HAJI TAHA
  3. WANG KERTAS EDARAN TAN SRI DATO' JAFFAR HUSSEIN
  4. WANG KERTAS EDARAN TAN SRI DATO' AHMAD BIN MOHD DON
  5. WANG KERTAS EDARAN GABENOR TAN SRI DATO' ALI ABUL HASSAN SULAIMAN
  6. WANG KERTAS EDARAN TAN SRI DATO' SRI DR ZETI AKHTAR AZIZ







Tiada ulasan:

Catat Ulasan