Selasa, 3 Mac 2026

WANG KERTAS POLIMER (POLYMER BANK NOTE)

    

WANG KERTAS, WANG POLIMER DAN WANG KERTAS HIBRID

Di dalam catatan ini akan lebih menyairkan wang polimer dan sedikit info wang kertas hibrid

 Di Malaysia Wang polimer mula di keluarkan pada tahun 1998. Ia adalah cetakan dan keluaran terhad iaitu Wang Polimer kenang- kenangan RM50 sempena Sukan Komanwel XVI - Kuala Lumpur 98.


Wang polimer pertama Sukan Komamwel XVI Kuala Lumpur. Cetakan NPA. 

    Wang polimer diperbuat daripada bahan berasaskan plastik seperti:

  • Tyvek - digunakan untuk wang polimer awal tahun 1980 - 1998
  • Guardian - digunakan untuk wang polimer moden (1998 sehingga sekarang)
  • Safeguard - bahan polimer yang dihasilkan oleh Syarikat percetakan De La Rue
  • DuraNote - bahan  polimer yang di hasilkan oleh De La Rue digunakan pada tahun 2013 sehingga sekarang
    Pada tahun 2004 Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan  wang polimer RM5 untuk edaran semasa. Wang polimer RM 5 tersebut  telah di cetak  Oleh 2 pencetak yang berbeza iaitu NPA (Note Printing Australia) dari prefix CA hingga EG dan prefix EH sehingga EM di cetak oleh FCO (Francois Charles Oberthur).
Wang polimer RM5 cetakan NPA

Wang polimer RM5 cetakan FCO

Ciri -ciri utama wang polimer:
  • Ketahanan tinggi - Tidak mudah koyak walaupun di lipat berulang kali
  • Kalis air dan kotor - Lebih bersih dan tidak menyerap cecair serta bakteria tidak mudah mebiak
  • Ciri keselamatan canggih
  • Sukar dipalsukan
  • Takstur - berbeza daripada wng kertas yang berserat
Penjaggan yang sempurna haruslah dilakukan untuk menjaga wang polimer. Jangan lipat atau terdedah pada suhu haba yang tinggi.

Contoh ciri- ciri  keselamatan wang kertas dan wang polimer yang di lihat dibawah cahaya lampu UV (ultra violet).

WANG POLIMER
Wang polimer pertama Sukan Komamwel XVI Kuala Lumpur.

Wang polimer edaran pertama Rm1
Wang polimer edaran pertama RM5


WANG KERTAS
Wang kertas edaran siri ke 11 (depan dan belakang)
Wang kertas edaran ke 11 (Depan)
Wang kertas RM1 edaran siri ke 11 (belakang)

Walaubagaimana pun wang polimer ada keburukan juga antaranya ialah:
  • Kos pengeluaran lebih mahal
  • Permukaan licin dan kadangkala melekat
  • Boleh  rosak mengecut melengkung berubah bentuk jika terkena haba yang tinggi
  • Dakwat mudah haus  atau pudar terutama di kawasan lipatan
  • Kurang mesra mesin ATM(kebanyakkan ATM lama yang belum ada fungsi untuk wang polimer)

    Pada tahun 2012 Bank Negara telah mengeluarkan wang polimer baru iaitu RM1 dan RM5 Wang polimer RM5 juga telah di tukar rekabentuk dan RM5 wang polimer RM5 tahun 2004 tidak dikeluarkan lagi. Pada tahun 2012 juga berlaku berubahan rekabentuk gambar RM100 RM50 RM20 RM10 RM5 dan RM1. RM1 dan RM5 adalah wang polimer manakala RM100 RM50 RM20 dan RM10 adalah wang kertas.
Pada tahun 2012 sempena  wang baru (edisi ke 12). Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan  set Premium (dalam bentuk kad)
  1. Set RM100, RM50, RM20, RM10, RM5 dan RM1 sebanyak 50,000 set dengan nombor sepadan yang sama. (prefix AA0000001 - AA0050000)
  2. Set RM5 dan RM1 (Wang Polimer) sebanyak 200,000 set dengan nombor sepadan (prefix AA0050001 - AA0099999)
  3. Set RM20 sebanyak 200,000 set (prefix AA0050001- AA0250000)
Kad Set Wang Polimer RM5 dan RM1

Set Wang Polimer di dalam kad RM5 dan RM1 dengan nombor prefix yang sepadan

Printis penghasilan wang polimer  di edaran bermula pada tahun 2007. Pada tahun tersebut Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan Wang kertas baru iaitu RM50 sempena ulangtahun kemerdakaan ke 50 dan tertera logo kermerdakaan pada wang tersebut. Wang kertas tersebut ada sedikit gabungan polimer iaitu jalur keselamatam di tepi sebelah gambar Yang DiPertuan Agung. Bermula dengan prefix AA AB AC AD dan AE. Jika penghasilan wang kertas dihasilkan oleh 2 unsur iaitu kertas (kapas + plastik wang tersebut di namakan Wang kertas hibrid. Namun ciri wang RM50 (50 tahun kemerdakaan) ini tidak memenuhi ciri ciri wang kertas Hibrid.
Wang kertas RM50 edaran ulangtahun kemerdekaan ke 50 siri ke 11 (Depan)

Wang kertas RM50 edaran ulang tahun kemerdekaan ke 50 siri ke 11 (belakang)



WANG KERTAS HIBRID
Hibrid adalah istalah secara umum bermaksud gabungan kertas dan plastik.

Sedikit info wang kertas hibrid bahan yang digunakan
  • bahan kertas (kapas)
  • bahan plastik
Kedua dua bahan ini digabungkan menjadi satu dan tidak boleh dipisahkan. Terdapat 2 jenis hibrid iaitu:
  1. Hibrid bertingkap. Wang kertas ini mrmpunyai jalur plastik pada bahagian tertentu (tingkap lutsinar.
  2. Hibrid berlapis. Gabungan plastik + kertas + plastik atau kertas + plastik + kertas
Boleh mempunyai tingkap plastik atau tiada

Pada penghujung tahun 2017 Bank negara Malaysia telah mengeluarkan Wang kertas Hibrid yang pertama. Akan tetapi wang tersebut hanyalah wang peringatan dan jumlah yang di keluarkan sangat terhad. Wang Hibrid tersebut ialah Wang peringatan ULANG TAHUN KE 60 PERJANJIAN KERMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU. 3 jenis yang dikeluarkan:
  1. Wang kertas RM60 (size 162mm x 84mm)
  2. Wang kertas RM60 bersambung 3 keping
  3. Wang kertas bersize besar RM600 (size 370mm x 220mm)
Wang kertas tersebut ditandatangi  Tan Sri Dato Seri Muhammad Bin Ibrahim gabenor Bank Negara Malaysia pada ketika itu.
Wang kertas peringatan hibrid RM60 (Depan dan Belakang)


Ciri keselamatan wang hibrid  peringatan di bawah cahaya lampu UV

WANG POLIMER 
Berikut adalah gambar gambar  Wang polimer di seluruh dunia yang ada di dalam koleksi saya

1. AUSTRALIA
AUSTRALIA:5 DOLLER. TAHUN: 1992 CETAKAN: NPA. TEKNOLOGI: GUARDIAN (Depan dan Belakang) 

2. BRUNEI
BRUNEI: 1 RINGGIT. TAHUN:1996. CETAKAN: NPA. TEKNOLOGI: GUARDIAN

3. COSTA RICA
COSTA RICA: 1000 COLONES. TAHUN:2011. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GUARDIAN

4. HONGKONG
HONGKONG: 10 DOLLAR. TAHUN:2007. TEKNOLOGI: GUARDIAN

5. MALAYSIA
MALAYSIA: 5 RINGGIT. TAHUN:2004. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GUARDIAN

MALAYSIA: 1 RINGGIT, TAHUN:2012. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GUARDIAN

MALAYSIA: 5 RINGGIT. TAHUN: 2012. CETAKAN: G&D. TEKNOLOGI: GUARDIAN


6. MALDIVES
MALDIVES: 10 RUFIYAA. TAHUN: 2016. CETAKAN: DLR. TEKNOLOGI: SAFEGUARD

MALDIVES: 20 RUFIYAA. TAHUN: 2016. CETAKAN: DLR. TEKNOLOGI: SAFEGUARD

7. MAURITIUS
MAURITIUS: 25 RUPEE. TAHUN:2013. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GUARDIAN


8. NICARAGUA
NICARAGUA: 10 CORDOBA. TAHUN: 2009. TEKNOLOGI: GURDIAN


NICARAGUA: 20 CORDOBA. TAHUN: 2009. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GURADIAN

NICARAGUA: 10 CORDOBA. TAHUN: 2015. TEKNOLOGI: GURADIAN

NICARAGUA: 50 CORDOBA. TAHUN: 2015 TEKNOLOGI: GURADIAN

9. NEGERIA
NIGERIA: 5 NAIRA. TAHUN:2009. CETAKAN: NSPMC. TEKNOLOGI: GUARDIAN

10. NEPAL
NEPAL: 10 RUPEE. TAHUN: 2002. CETAKAN:NPA. TEKNOLOGI: GURADIAN

11. PARAGUAY
PARAGUAY: 2000 GUARANI. TAHUN:2009. CETAKAN:FCO. TEKNOLOGI: GURADIAN

PARAGUAY: 5000 GUARANI. TAHUN: 2013 TEKNOLOGY: GUARDIAN

12. ROMANIA
ROMANIA: 5 LEU. TAHUN:2005. TEKNOLOGY: GUARDIAN

13. SINGAPORE
SINGAPORE: 2 DOLLAR. TAHUN:2006 . CETAKAN: NPA. TEKNOLOGI: GURADIAN

SINGAPORE: 5 DOLLAR. TAHUN: 2007. CETAKAN: NPA. TEKNOLOGI: GURADIAN

14. VANUATU
VAVUATU: 200 VATU. TAHUN: 2014. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GUARDIAN

15. VIETNAM
VIETNAM: 50,000 DONG. TAHUN: 2003. CETAKAN: NPA. TEKNOLOGI: GURADIAN

16. DOMINICAN REPUBLIC
DOMINICA REPUBLIC: 20 PESO. TAHUN: 2010. CETAKAN: FCO. TEKNOLOGI: GURADIAN



CATATAN LAIN DI BLOG INI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan