Terdapat beberapa wang dan siling Malaysia yang menpunyai harga kepada kolektor atau pengumpul duit antaranya ialah:
- Wang kertas/polimer dan syiling yang kurang dikeluarkan oleh Bank Negara.
- Wang kertas/polimer dan syiling yang terdapat ralat semasa proses pembuatan dan terlepas di dalam edaran semasa
- Wang kertas/polimer yang terdapat 2 nombor nombor siri yang tidak sepadan (mismatched)
Syiling yang mempunyai nilai lebih dari nilai muka (face value) ialah di mana tahun pengeluarannya (tempaan) paling sedikit bagi seauatu denominasi sepanjang tenpoh sirinya dikeluarkan. (Semi keydate = paling sedikit) atau (keydate = sedikit).
Berikut adalah senarai tahun semi keydate dan keydate untuk syiling Malaysia yang ada harga untuk di simpan atau di jual.
SIRI PERTAMA (1967 - 1989)
- 1 Sen - 1970 (keydate). 1968 (semi keydate)
- 5 Sen - 1977 (keydate). 1971, 1985 dan 1987 (semi keydate)
- 10 Sen - 1971 (keydate). 1988 (semi keydate)
- 20 Sen - 1970 (keydate. 1969, 1971 dan 1978 (semi keydate)
- 50 Sen - 1969 (keydate). 1967, 1968, 1971, 1979, 1985 dan 1987 (semi keydate)
- $1 - 1982 (keydate). 1985 (semi keydaye)
SIRI KEDUA (1990 - 2011)
- 1 Sen - 1989 (semi keydate)
- 5 Sen - 1995 (keydate). 1997 dan 2024 (semi keydate)
- 10 Sen - 1994 dan 2003 (keydate).
- 20 Sen - 1994 (keydate)
- 50 Sen - 1995 (keydate). 1989, 1993, 1994 dan 1996 (semi keydate)
- 1 Ringgit - 1989 dan 1994 (semi keydate).
SIRI KETIGA (2012- SEMASA)
- 5 SEN, 10 SEN, 20 SEN, 50 SEN tahun 2011 - Bank negara mengeluarkan syiling siri ke 3 tahun 2011 di dalam bentuk kad. jika terjumpa di edaran semasa itu bermaksud syiling tersebut telah di keluarkan dari kad tersebut.
Untuk siri pertama tahun keydate dan semi keydate telah sukar diperolehi di edaran semasa. Untuk siri Ke 2 masih boleh dijumpai di edaran . Cuba periksa syiling anda kalau terjumpa syiling syiling pada tahun keydate dan semi keydate bolehlah anda simpan tahun yang lain boleh di guna dalam urusan seharian.
Dalam catatan ini saya akan memberi info wang kertas/polimer dan syiling yang berharga serta berkemungkinan masih boleh lagi diperolehi dalam edaran semasa. Harga berdasarkan gred syiling atau wang tersebut
Catatan Gred Syiling dan Wang Kertas/polimer (F, VF, EF, AU, UNC)
>>INFO: CARA UNTUK GRED WANG DAN SYILING<<
5 SEN RALAT TEMPA
1. KL TOWER Tahun 2009. (Harga RM 20 - RM 50 (VF), RM 100 - 150 (UNC))
![]() |
| KL TOWER TAHUN 2009 |
2. TWIN TOWER Tahun 2009. (Harga RM 20 - RM 50 (VF). RM 100 - RM 150 ( EF - UNC))
![]() |
| TWIN TOWER TAHUN 2009 |
Nota : KL TOWER & TWIN TOWER istilah nama rujukan para kolektor yang berikan
20 SEN TAHUN 1994
Harga RM15 - RM50 (VF). RM100 - RM400 (EF - UNC)
![]() |
| 20 SEN TAHUN 1994 |
50 SEN TAHUN 1995
HARGA RM 18 - RM 50 (VF). RM 100 - RM 1000 (EF - UNC)
![]() |
| 50 SEN TAHUN 1995 |
50 SEN BIG "0" TAHUN 2002
Harga RM 10 - RM 50. (VF). RM 100 - RM 300 (EF - UNC)
![]() |
| 50 SEN TAHUN 2002 |
RM 1 RINGGIT WANG POLIMER ZB
HARGA RM 30 - RM40 (F) . RM 50 -RM 300 (VF). RM400 - RM2500 (EF - UNC & PREFIX LOW NUMBER)
![]() |
| RM1 POLIMER ZB |
NOMBOR SIRI (PREFIX) PADA WANG TIDAK SEPADAN (MISMATCHED)
Setiap wang kertas/polimer mempunyai 2 nombor siri (prefik).
- Nombor siri dibahagian atas
- Nombor siri dibahagian tepi (kiri atau kanan
Setiap nombor siri pada setiap helaian wang mestilah sama atau pon sepadan. Namun begitu terdapat juga nombor siri wang tersebut tidak sama atau sepadan yang terdapat dalam edaran semasa. Nilai atau harga wang mismatch agak tinggi juga.
Berikut ialah panduan untuk mengenali wang nombor siri tidak sepadan. Jika terjumpa simpanlah wang tersebut kerana harganya agak tinggi kerana masih boleh di dapat di dalam edaran semasa
RM1 POLIMER
Nombor siri yang bermula dari:
- GC96xxxxx (nombor siri tepi). GC86xxxxx (nombor siri atas)
- EP0581xxx (nombor siri tepi). EP0582xxx ( nombor siri atas)
- KQ6401xxx (nombor siri tepi). KQ6401xxx (nombor siri atas)
RM5 polimer
- AS33xxxxx (nombor siri tepi). AS43xxxxx ( nombor siri atas)
- AT228xxxx (nombor siri tepi). AT227xxxx (nombor siri atas)
RM 10
- DD41xxxxx (nombor siri tepi. DD42xxxxx (nombor siri atas)
RM 20
- CJ354498xx (nombor siri tepi). CJ35499xx (nombor siri atas)
RM 50
- SR9909xxx (nombor siri tepi). SR99099xx (nombor siri atas)
- SU11xxxxx (nombor siri tepi). SU10xxxxx (nombor siri atas)
- ZD490xxxx (nombor siri tepi). ZD390xxxx (nombor siri atas)
RM 100
- CX1141xxx (nombor siri tepu). CX1410xxx (nombor siri atas)
Catatan yang berkaitan:






Tiada ulasan:
Catat Ulasan