Selasa, 5 November 2013

WANG KERTAS EDARAN TAN SRI DATO' AHMAD BIN MOHD DON (1995 - 1998)

WANG KERTAS EDARAN TAN SRI DATO' AHMAD BIN MOHD DON (1995 - 1998)

Terdapat 2 siri yang dikeluarkan iaitu siri ke-7 dan siri ke-8

Siri Ke Tujuh
Satu ringgit tidak dikeluarkan dan telah digantikan dengan Syiling 1 ringgit, begitu juga wang kertas 20 ringgit ia tidak dikeluarkan. 6 jenis nilai wang kertas dikeluarkan iaitu 5 ringgit, 10 ringgit, 50 ringgit, 100 ringgit, 500 ringgit dan 1000 ringgit. 500 ringgit dan 1000 ringgit adalah merupakan keluaran terakhir kerana pada tahun 1999 wang kertas tersebut ditarikbalik dari pasaran dan tidak sah digunakan lagi. Kebanyakan wang edaran tersebut di cetak oleh Thomas De La Rue, Canadian Banknote, Francois Charles Oberthur, Giesecke & Devrient dan Harrison & Sons.

INFO
Mengikut info yang dikeluarkan dari Bank Negara sebanyak 151482 keping wang kertas 500 ringgit dan 28315 keping wang kertas 1000 ringgit masih belum dipulangkan kepada Bank Negara dengan nilai RM 104.056 juta. Mungkin wang tersebut berada dikalangan pengumpul-pengumpul duit.

Lima Ringgit
Bermula dengan prefix PW1 dan berakhir prefix QJ09 dengan wang gantian prefix NZ076xxxx sehingga NZ08xxxxx. Di cetak oleh: Thomas De La Rue.

Lima Ringgit Cetakan (Canadian Banknote)
Bermula dengan prefix QK dan berakhir prefix QW dengan wang gantian prefix NZ0000xxx sehingga NZ02xxxxx.

Sepuluh Ringgit (Cetakan Francois Charles Oberthur)
Bermula dengan prefix VR8 dan berakhir prefix VV7


Bermula dengan prefix WK8 dan berakhir prefix YR

Sepuluh Ringgit (Cetakan Giesecke & Devrient )
Bermula dengan prefix VV8 dan berakhir prefix WK7 dengan wang gantian prefix QA27xxxxx , QA28xxxxx,  QA29xxxxx

Lima Puluh Ringgit (Cetakan Francois Charles Oberthur)
Bermula dengan prefix ZY dan prefix ZZ, AA, AB, AC, AR, AS

Lima Puluh Ringgit (Cetakan Thomas De La Rue)
Bermula dengan prefix AC dan berakhir prefix BQ dengan wang gantian prefix WA

Lima Puluh Ringgit (Cetakan BA Banknote)
Bermula dengan prefix BR dan berakhir prefix CA dengan wang gantian prefix WA

Seratus Ringgit (Cetakan Thomas De La Rue)
Bermula dengan prefix AG dan berakhir prefix AM dengan wang gantian prefix ZU

Seratus Ringgit (Cetakan Harrison & Son)
Bermula dengan prefix AN dan berakhir prefix AP dengan wang gantian prefix ZU

Lima Ratus Ringgit (Cetakan Harrison & Son)
Bermula dengan prefix ZW

Seribu Ringgit (Cetakan Giesecke & Devrient )
Bermula dengan prefix ZA dan ZY dengan wang gantian prefix ZZ

Siri Ke Lapan
Wang kertas jenis 2 ringgit diperkenalkan. Terdapat 4 jenis nilai wang kertas dikeluarkan iaitu 2 ringgit, 10 ringgit, 50 ringgit dan 100 ringgit. Kesemua wang kertas keluaran tersebuat telah diperbaharui dengan menukar imej yang berkonsepkan Malaysia Maju dan Membangun

Dua Ringgit (imej belakang Menara Kuala Lumpur dan satelit MEASAT)

Bermula dengan prefix AA dan berakhir prefix DF36 dengan wang gantian prefix ZA,ZB dan ZC

>>INFO TERKINI<< : Pada pertengahan tahun 2015 wang gantian RM2 prefix ZB menjadi buruan para pengumpul duit lama kerana harganya telah mencecah RM2500.00 sewaktu lelong diadakan baru baru ini. rujukan klik disini 

Sepuluh Ringgit (imej belakang Tren Putra LRT, pesawat Boeing 777 Malaysia Airlines dan kapal MISC)



Bermula dengan prefix AA dan berakhir prefix AV dengan wang gantian prefix ZA0000 hingga ZA192 dan ZA193. Di cetak oleh De La Rue Currency International.

Lima Puluh Ringgit (imej belakang pelantar minyak Petronas)


Bermula dengan prefix AA dan berakhir prefix BG96 dengan wang gantian prefix ZA000 hingga ZA116. Dicetak oleh Giesecke & Devrient

Seratus Ringgit (Barisan pemasangan kereta dan enjin kereta Proton)


Prefix pertama AA (update pada:13/10/2015)

Bermula dengan prefix AA dan berakhir prefix AE dengan wang gantian prefix ZA000 hingga ZA006
Dicetak oleh  De La Rue Currency International.


Wang Kertas Peringatan (Peringatan Sukan Komanwel Tahun 1998)


Jumlah dikeluarkan 500,000








Tiada ulasan:

Catat Ulasan