Ia juga dikenali sebagai Numismatik. Menjadikan hobi sebagai pengumpul duit bukanlah satu pekara yang mudah jika kita masih lagi baru atau ingin cuba cuba hendak menjinakkan diri. Banyak perkara yang perlu dipelajari. Mempunyai sumber kewangan yang kukuh adalah satu kelebihan. Namun jika kewangan kita tidak begitu baik anggaplah saja hobi ini sebagai 1 simpanan jangka panjang untuk diri kita (seperti saya). Tetapi sekarang sudah ramai berminat menceburi hobi ini. Ada juga yang menjadikan hobi ini sebagai peluang perniagaan. Mungkin juga disebabkan peranan multimedia dan perkembangan teknologi maklumat hobi ini telah menarik lebih ramai orang untuk mengumpul duit atau matawang.
Jika dulu kita ingin kan sesuatu maklumat atau info mengenai hobi ini agak terlalu susah.Kita tak tahu duit yang bagaimana harus dikumpulkan. Bukan semua duit kita boleh kumpul atau simpan untuk dijadikan hobi. Oleh kerana kekurangan maklumat maka hobi ini kurang menarik minat. Sekarang, kita boleh dapat info dengan mudah dan cepat hanya dengan sekali klik aje.Kalau tak tahu kita boleh tanya kat abang Google pasti akan dapat maklumat. Apabila kita dah dapat maklumat kita boleh tahu duit apa yang patut dicari dan dikumpul untuk dijadikan sebagai hobi.
Dulu saya tidak berminat untuk jadikan bidang Numismatik ini sebagai hobi. Mungkin juga faktor kewangan dan kesukaran untuk dapatkan maklumat. Saya bukanlah tergolong dari keluarga yang berada hanya sekadar mampu memenuhi keperluan asas seharian aje. Dari kecil lagi sifat untuk menyimpan atau memgumpul duit memang tak ada. Apabila sudah dewasa dan berkerja dan sumber kewangan terhad maka tiada masa nak layan hobi seperti ini. Malah saya pun tak tahu siapa nama-nama gabenor bank negara. Hanya sekadar tahu melihat tandatangan aje pada wang yang dikeluarkan. Apa itu wang gantian langsung saya tak tahu. Terus terang saya katakan, dulu hobi seperti ini memang tidak sesuai bagi individu yang berpendapatan rendah. Namun saya percaya kalau dah minat dan ada usaha maka di situ ada jalannya penyelesaiannya, lagi pun tahap pendapatan sekarang dah meningkat.
Saya baru lagi dalam bidang Numismatik ni.. masih newbie... banyak yang perlu dipelajari daripada rakan rakan numis yang lain. Pada permulaan sekarang minat hobi ini saya anggap sebagai satu simpanan jangka yang teramat panjang dan boleh dijadikan sebagai koleksi. Koleksi saya ini tidaklah sehebat daripada rakan-rakan numis yang lain yang kebanyakkan dah lengkap serta grade UNC. Saya cuma hanya memiliki koleksi hanya berkeadaan grade F ke VF sahaja. Mungkin ia lebih baik dari tiada langsung.Saya harap suatu hari nanti , anak-anak saya boleh melihat hasil koleksi saya dan memupuk minat untuk mereka dijadikan sebagai hobi apabila ia dewasa nanti kerana ia akan sukar diperolehi lagi. Kalau ada pun harganya mungkin sudah berlipat kali ganda dari harga sekarang.
Di dalam Blog saya ini, saya ingin berkongsi maklumat berkaitan Matawang dan Syiling Malaysia. Di harap dengan adanya maklumat-maklumat yang berguna ini akan menarik minat rakan-rakan saya untuk dijadikan panduan yang berguna di bidang Numismatik. Bagi saya hobi ini kita boleh jadikan sebagai amalan menyimpan. Di sebabkan kita seharian menggunakan duit di dalam kehidupan maka tak jadi masalah untuk kita mulakan hobi ini. Minat adalah faktor utama dalam hobi ini. Kepada rakan-rakan yang telah lama (otai) di dalam bidang numismatik ini mungkin sudah tahu kebaikkan hobi ini.
Sebenarnya wang dan syiling Malaysia yang kita gunakan didalam kehidupan seharian mempunyai nilai yang berbeza. Tahukah anda syiling 10sen menpunyai nilai sehingga RM1000. Tahukah anda RM1 wang kertas mempunyai nilai yang tinggi sehingga RM1500. Tanpa disedari kita telah pun menggunakan syiling dan wang kertas tersebut. Bayangkanlah anda membeli ais krim yang berharga RM1 dengan menggunakan wang kertas RM1 yang bernilai RM1500 kerana anda tidak mengatahui.
Banyak perkara yang perlu dipelajari didalam Numismatik. Kita juga harus tahu cara-cara nak menggred wang kertas dan syiling serta juga tahu harga pasaran semasa. Kebanyakkan koleksi saya ini saya perolehi daripada rakan-rakan numis dengan cara pembelian. Banyak lagi koleksi saya yang belum lengkap, faktor kewangan menjadi penghalang. Namun saya akan cuba lengkapkan dari masa ke semasa mengikut kemampuan sendiri walaupun saya tahu harga akan terus meningkat setiap tahun. Harap rakan-rakan semua dapat memberi sokongan kepada saya... (kalau ada nak jual wang @ syiling tu... tolak ler murah2 ya...)
assalamualaikum en.muhammad ali..saya ada note rm100 bertandatangan oleh tan sri jaffar hussein, di cetak oleh thomas de la rue, prefix no ZD 0049104 yang masih dalam keaadan baik..pada pendapat en.ali berapa nilai note rm100 ni dalam pasaran koleksi klasik ye? mohon pencerahan..trima kasih.
BalasPadamW'salam saudara ismail... RM100 no prefix ZD00XXXXX merupakan no prefix pertama dan no sirinya tak bernyala jika ia diletakkan dibawah cahaya UV... pada pendapat saya harga note tersebut jika ia berkeadaan baik (VF) harganya diantara RM170 hingga RM300. saya tidak boleh memberikan harga yg tepat tanpa melihat keadaan wang tersebut(gambar). Harga note tersebut mungkin nilainya tinggi atau rendah bergantung keadaan note tersebut.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamAssalamualaikum. Tuan berapa nilai RM20 ZB000xxxx?
BalasPadamAssalamualaikum saudara... Bagaimana dgn wang 100 yg salah cetak. 50percent bahagian belakang note tersebut kosong... Ada kawasan segiempat yg blank. Depan seperti biasa.
BalasPadamw salam.. cuba tuan dapatkan Buku Rujukan Wang Kertas Salah Cetak Malaysia Tahun 20017 mungkin ia dapat membantu
BalasPadamsalam, saya ada RM1 dengan no siri HS9896369, adakah ia nya boleh dikatakan 'ibu duit ?'ataupun no 9xx9xx9 ? dan hasil tambah kesemua nombor nya jugak adalah 50, adakah duit ini mempunyai nilai ?
BalasPadam